Pengelola Umrah Diiktiraf: Pilihan Terbaik untuk Perjalanan
Di Malaysia, terdapat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 28 Ogos 2014 yang ditugaskan untuk memantau hal-hal yang berkaitan dengan umrah. Majlis ini diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah Akta Industri Pelacongan 1992 serta dianggotai oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Luar Negeri (KLN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Tabung Haji (TH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA).
Memilih Pengelola Umrah yang Diiktiraf: Panduan Praktikal
Usaha kerajaan yang komited dalam menangani masalah dan isu-isi berkenaan umrah ini dapat dilihat dengan penubuhan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Fokus utama penubuhan MKSU adalah untuk mengawal kes-kes penipuan umrah dengan memperkenalkan syarat-syarat yang lebih ketat termasuk memperkenalkan lesen khas atau ‘sub license’ bagi syarikat pelancongan yang ingin menawarkan pakej umrah. Harga minimum pakej umrah juga telah ditetapkan pada kadar RM4900.
Memilih pengelola umrah yang diiktiraf adalah sangat penting agar perjalanan umrah tiada masalah dan dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan agensi. Dalam memilih agensi umrah, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memastikan kita berada di tangan yang tepat. Pertamanya, pastikan pengelola umrah tersebut mempunyai sijil diiktiraf yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sijil ini adalah tanda bahawa pengelola umrah telah memenuhi semua keperluan dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, pastikan pengelola umrah tersebut telah beroperasi untuk jangka masa yang cukup lama. Pengalaman dalam pengendalian dan pengurusan jemaah umrah adalah faktor penting bagi umrah berjalan dengan lancar. Pengelola umrah yang telah lama beroperasi biasanya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas berkenaan dengan peraturan dan persekitaran semasa Arab Saudi. Selain itu, lakukan juga carian terhadap rekod pengelola umrah tersebut. Carilah ulasan dan testimoni dari jemaah yang telah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini. Ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pengelola umrah tersebut.
Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan adalah kawalan keselamatan semasa menjalankan umrah. Pastikan pengelola umrah tersebut mempunyai sistem yang baik dalam menjaga keselamatan jemaah sepanjang perjalanan. Ini termasuklah pemilihan hotel yang selamat, pengangkutan yang berkualiti, dan kemudahan kesihatan yang tersedia di tempat-tempat yang jemaah akan kunjungi. Pengelola umrah yang menjaga keselamatan jemaah adalah tanda bahawa mereka peduli akan kesejahteraan jemaah dan bertanggungjawab terhadap mereka.
Memilih pengelola umrah yang diiktiraf adalah penting untuk memastikan kita menjalankan umrah dengan aman dan lancar. Dengan mempertimbangkan faktor seperti pengiktirafan sijil, pengalaman pengelola umrah, testimoni jemaah, dan kawalan keselamatan, kita dapat memilih pengelola umrah yang tepat. Ingatlah bahawa umrah adalah suatu ibadah yang mulia dan dengan memilih pengelola umrah yang berkualiti, kita dapat menjalankan ibadah ini dengan tenang dan penuh khusyuk.
Senarai Pengelola atau Agensi Umrah yang diluluskan di Malaysia
Antara agensi umrah yang mendapat kelulusan dan diiktiraf adalah:
- AL ANSAR TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.
- ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
- AR RAYYAN HIJRAH HARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
- BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
- IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD
- IRKAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
- JMI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
- KIFFAH TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.
- KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
- RAYHAR TRAVELS SDN. BHD
- TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
- TIRAM TRAVEL SDN. BHD
Senarai penuh syarikat yang mempunyai lesen perniagaan pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah atau ziarah boleh dilihat di sini.
Semakan Pengelola atau Agensi Umrah Berdaftar
Umrah merupakan perjalanan atau pelancongan luar negeri (outbound ) yang perlu dilesenkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992. Bagi mengetahui suatu agensi pelancongan tersebut berdaftar atau tidak adalah dengan menyemaknya:
- Pertanyaan terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri: http://www.motac.gov.my/en/contact-us/state-offices
Daripada kesemua syarikat yang mempunyai lesen outbound, sehingga Mei 2014, hanya 59 syarikat sahaja telah berdaftar dan diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi untuk membawa Jemaah Umrah dari Malaysia. Senarai syarikat tersebut boleh dirujuk:
