Panduan Awal Umrah: Tips Penting untuk Persediaan Perjalanan
Ketahui bagaimana cara membuat persediaan untuk perjalanan umrah anda dengan panduan berguna ini. Dapatkan tips dan nasihat penting dalam panduan awal umrah ini.
Panduan Awal Umrah: Tips Penting untuk Persediaan Perjalanan
Sebagai seorang Muslim, mengunjungi kota suci Mekah untuk mengerjakan
ibadah umrah adalah salah satu impian terbesar dalam hidup. Umrah adalah salah
satu bentuk ibadah yang sangat istimewa dan berharga bagi seluruh umat Islam.
Namun, perjalanan ini juga memerlukan persediaan yang betul dan rapi agar
ibadah ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tanpa halangan yang boleh
mengganggu.
Bagi mereka yang
baru pertama kali mengerjakan umrah, persiapan mungkin terasa sedikit rumit.
Tetapi, dengan panduan awal umrah ini dan beberapa tips penting sebelum
bercadang untuk mengerjakan umrah, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah dan
lancar.
Dalam artikel ini,
anda akan mengetahui panduan awal umrah yang lengkap dan tips penting untuk
mempersiapkan perjalanan anda. Di samping anda boleh ambil maklum tentang langkah-langkah yang perlu
anda lakukan sebelum berangkat ke Makkah atau Madinah. Sudah pasti, dengan panduan ini anda akan dapat
mempersiapkan diri dengan lebih baik dan menghadapi perjalanan tersebut dengan penuh
keyakinan.
Jadi, jika anda
ingin merancang untuk mengerjakan umrah, teruskan membaca artikel ini dan semak
panduan awal di bawah ini. Dapatkan tips yang berguna dan praktikal bagi anda yang
pertama kali ingin melakukan umrah untuk memastikan perjalanan ibadah anda
berjalan tanpa sebarang masalah.
Persediaan Sebelum Merancang Mengerjakan Umrah: Langkah-Langkah yang Perlu Dilakukan
Adakah anda sedang
merancang perjalanan umrah? Jika ya, maka anda pasti ingin memastikan segala persiapan dilakukan dengan baik supaya perjalanan ini berjalan lancar seperti yang anda inginkan. Dalam artikel ini, kami
akan membantu anda untuk membuat persediaan awal sebelum merancang perjalanan
ke tanah suci Mekah dan Madinah.
Namun, sebelum kita
masuk pada panduan awal sebelum mengerjakan umrah, penting bagi kita untuk
memahami bahawa umrah adalah sebuah ibadah yang harus dilakukan dengan niat
yang ikhlas dan semangat yang tinggi. Umrah ini bukanlah suatu perjalanan percutian,
tetapi sebuah ibadah yang memiliki makna dan tujuan spiritual yang mendalam.
Anda ke sana sebagai tetamu Allah SWT dan dijemput oleh Allah SWT. Maka
seharusnya persiapan yang rapi dan pemahaman yang benar akan membantu anda mendapat umrah yang mabrur.
Mari kita mulakan
persediaan sebelum merancang mengerjakan umrah. Dalam langkah-langkah awal ini,
ada beberapa hal yang perlu anda beri perhatian supaya anda tidak merasa suatu
kerugian kerana tidak melakukan persediaan yang sepatutnya.
Memeriksa jadual period atau datang bulan bagi wanita
Memeriksa jadual period atau datang bulan adalah
sangat penting bagi setiap wanita yang ingin mengerjakan umrah. Mengetahui bila
waktu menstruasi yang sepatutnya tiba membantu wanita untuk merancang
perjalanan umrahnya agar dapat dilakukan ketika berada dalam keadaan suci dari
haid. Namun, sekiranya anda ingin pergi ketika anda sedang atau berkemungkinan
akan menstruasi, tiada masalah sebenarnya. Anda hanya perlu mempunyai
pengetahuan yang khusus berkenaan dengan tempat-tempat yang anda boleh pergi
dan aktiviti-aktiviti yang boleh anda sertai ketika anda dalam keadaan tidak
suci.
Ketahui ibadah apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menstruasi. Selain anda haruslah ambil maklum tentang kitaran haid anda supaya anda berpuas hati dengan perjalanan umrah. Harus diingatkan kepada jemaah wanita, anda tidak boleh mengerjakan umrah sekiranya anda sedang haid seperti melakukan tawaf Kaabah, sa'ie dan memasuki masjid.
Ketahui ibadah apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menstruasi. Selain anda haruslah ambil maklum tentang kitaran haid anda supaya anda berpuas hati dengan perjalanan umrah. Harus diingatkan kepada jemaah wanita, anda tidak boleh mengerjakan umrah sekiranya anda sedang haid seperti melakukan tawaf Kaabah, sa'ie dan memasuki masjid.
Memastikan musim yang anda ingin pergi
Sebagai pengetahuan bagi anda yang ingin melakukan perjalanan umrah, anda perlu mengetahui musim dan cuaca semasa pada tempat dan tarikh yang anda ingin pergi. Arab Saudi mempunyai dua musim yang utama iaitu musim panas dan musim sejuk. Kelembapan di Arab Saudi juga adalah rendah. Jadi, jika musim panas, ia adalah panas kering. Begitu juga ketika musim sejuk akan menjadi sejuk kering. Kebiasaannya, musim sejuk akan berlaku antara pertengahan bulan November sehingga Mac atau April. Manakala musim panas akan berlaku antara bulan April hingga Oktober. Tambahan pengetahuan bagi anda, suhu di Madinah adalah lebih rendah dan sejuk berbanding di Makkah terutamanya pada waktu Subuh. Jadi, pastikan anda memilih musim dan cuaca yang bersesuaian dengan diri anda. Jika anda tidak tahan sejuk atau athma, elakkanlah pergi pada musim sejuk.
Pada musim sejuk, lazimnya suhu boleh mencecah sehingga bawah 15 C. Keadaan suhu yang sejuk dan kering boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah serta rasa sakit yang mencucuk-cucuk sehingga ke tulang. Oleh yang demikian, bakal jemaah yang ingin menunaikan umrah pada musim sejuk dinasihatkan memakai baju sejuk, stoking yang sedikit tebal dari kebiasaan dan jangan dilupakan sarung tangan. Tambahan bagi jemaah wanita yang memakai jubah pula, dinasihatkan memakai seluar yang bergetah atau mencengkam pada bahagian hujungnya bagi mengelakkan angin sejuk masuk.
Sebaliknya pada musim panas, suhu panasnya boleh mencecah sehinggan 50 C. Dinasihatkan kepada bakal jemaah umrah pada musim ini agar membawa cermin mata hitam bagi mengelakkan silau ketika melakukan perjalanan dan ziarah. Gambaran keadaan silau dan panasnya itu sehingga mata berpijar dan pandangan berpinar. Walaupun begitu, dengan persediaan yang rapi, keadaan pada musim panas atau sejuk di sini dapat dihadapi dengan baik.
Memilih Travel Agent atau Pengelola Umrah
Terdapat lambakan travel agent yang boleh ditemui pada hari ini. Namun, harus diingatkan kepada bakal jemaah agar memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti di senarai ini bagi mengelakkan berlaku penipuan dan penindasan. Apabila ingi pergi untuk menunaikan umrah, anda boleh memilih destinasi pertama anda sama ada ke Makkah terlebih dahulu atau ke Madinah. Ada juga sesetengah agensi yang menawarkan perjalanan tambahan ke Taif dahulu kemudian diikuti Makkah dan Madinah atau Madinah dan Makkah. Terpulang kepada bakal jemaah destinasi mana yang diinginkan dahulu setibanya di tanah Arab Saudi. Semuanya ada kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, para jemaah hendaklah ingat yang niat dan tujuan asal perjalanan ini adalah untuk menunaikan umrah bukannya melancong.
Pilih beberapa agensi terlebih dahulu dan selidik sehabis baik agensi yang dipilih. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika memilih agensi atau pengelola umrah antaranya adalah lesen dan permit untuk outbound yang sah, pengalaman agensi dalam mengurus serta mengelolakan umrah dan pengendalian urusan visa oleh agensi sama ada diuruskan sendiri oleh agensi atau menggunakan khidmat orang tengah. Berdasarkan beberapa agensi yang dipilih, buat perbandingan pula dari segi jarak hotel dan harga yang ditawarkan juga pakej makanan yang disediakan sama ada fullboard atau tidak. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setelah diteliti semuanya, pilihlah agensi yang menawarkan perjalanan mengikut musim, tarikh dan laluan perjalanan yang diinginkan serta menepati kemampuan kesihatan dan bajet sendiri.
Setelah memilih agensi yang bersesuaian dengan anda, pastikan pula syarikat penerbangan yang akan dinaiki, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain. Ambil tahu juga tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi. Disarankan anda membuat carian di internet terlebih dahulu mengenai hotel tersebut bagi mendapat gambarannya.
Akhirnya apa yang diharapkan adalah umrah yang mabrur dan perjalan yang mudah tanpa sebarang masalah. Apa pun pilihan yang ingin dilakukan, mintalah petunjuk dari Allah SWT. Perjalanan, pengalaman dan ujian ketika umrah bagi setiap individu itu tidaklah sama. Mohonlah pertolongan daripada Allah SWT agar semuanya berjalan dengan lancar. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang apa yang perlu disiapkan sebelum melakukan perjalanan umrah. Kongsikan artikel panduan awal umrah ini jika anda rasa ianya bermaanfaat untuk ibu ayah, ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan anda yang ingin menunaikan umrah. Semoga kita semua dipermudahkan perjalanan dan dijemput lagi menjadi tetamu Allah SWT di bumi Haramain.
